Thursday, August 11, 2011

Season2 Masak memasak aahhh masaklah kau ep2

Salam & Olla semua ok selamat kembali ke blog sy haaaaaa selamat berpuasa eh untuk semua warga bloggers. so kali ni bersambung pula menu masakkan yang lain kalau larat sy taip ni maka rancangan ini akan berterusan sampai la penghujung bulan ramadhan insyaAllah
sori eh gambo kabur ape bole buat sy bukan pakai DSLR ni pakai nset je pun kire nasib baik dari pakai webcam hahaha..ok sebelum ayat-ayat sy ni kelaut dalam, baik sy terus ke plan asal iaitu show off gambo dan ramuan
harap maklum la eh kite terus skip ke 9ramadhan sebab 8,7,6 & 5 ramadhan sy pulang ke teratak keluarga.
layan jela ape yg di gebangkan dalam blog ni

9Ramadhan
Sambal paru :)
Sambal paru sonang je pun masak die bukan susah.
ok ramuan paling penting dalam menu ini adalah kompem paru betul tak..
*paru yg akan digunakan haruslah direbus terlebih dahulu ok, jgn memandai terus goreng. pasal ape, haaaa tak tahu la pasal ape ni pun sebab mak tuan hamba yg ngajor suruh rebus dulu pandai!!!..ok so rebus tu jgn pulak mcm rebus daging nk empuk2 kang nnt ade yg kene hempuk, rebusan tu biar la yg sedang2 saje :)
*selepas rebus, paru tersebut hendaklah di hiris-hiriskan mengikut citarasa saiz tekak anda semua. lalu digoreng bersama bahan yg ditumbuk dan tenyeh(seulas bwg putih,kunyit 1/2inci,jintan) dan juga tepung beras/jagung. so hati2 eh kalau mengoreng tu sbb paru ni meletup-letup ha abis kulit kite noq..hahaha..
*siap goreng semua paru, kite melangkah seterusnya ke level pembuatan sambal. sambal ni mudah je tak payah rencah2 yg heavy metal pun. ok kalau yg masak dalam kuantiti contoh 6keping paru2 bersaiz nset sony k810i tu korang bole la gunakan 6sudu besar cili boh, itu kalau yg guna cili boh mcm sy ni ha. kalau yg guna lada kering rase2 dalam 9biji lada kering yg direbus pun da cukup sgt ok.
*tumiskan lada tu sehingga garing dan terus taburkan gula sebanyak 2sudu besar kedalam tumisan berkenaan dan garam ok. last sekali simbahkan dengar air asam jawa dan juga serai untuk kasi rase masam tu haaa baru orang kate fair.
*terakhir gaulkan sekali paru2 yg sudah digoreng itu kedalam bersama dengan sambal yg baru saje sebentar td bikin.

Voalla siap suda lauk untuk 9ramadhan

10Ramadhan
Tomyam+kailan ikan masin+sotong&udang goreng tepung :D
* Tomyam
*ok untuk tomyam ni, adalah lebih baik kalau korang semua rebus dahulu isi die, seperti daging, ayam,sotong,udang,atau ikan. untuk kali ni aku guna seketul shj ayam dr sekor ayam potong 12. so ayam tu korang memandai la nk hiris die saiz ape2 ye..
*selepas ayam itu direbus enak2 warna dan bau die baru la korang masukkan cili padi dahulu ok haa cili padi tu kalau bole kasi titik dulu atau potong la ikut korang dan juga karot yg dihiris, untuk seminit selepas itu baru la letakkan rencah yg lain. sebab nk kasi rase pedas die masyuk :)
*titikkan serai,potong 1/2bwg besar(wana kuning dihiris bulat2),seulas bwg putih yg diketuk dan juga daun limau
*selepas beberapa minit perahkan limau nipis kedalam tomyam sebab nk kasi masam sikit.
*lepas letak limau nipis baru la letakkan perencah tomyam,dalam kuantiti 2sudu kecik shj.
*last sekali baru la letakkan gula dan garam ok..tak lupa tomato. tggu bape minit lepas tu siap sudah masakkannya
no msg ok!!!

*Kailan ikan masin
*amik ape2 shj jenis ikan masin, untuk aku time ni aku guna ikan terubuk hehe tasty gitu. aku cume guna 1/4 daripada ikan asal saje. lepas tu aku hiris potong dadu. lalu ku camppakan ikan masin tu kedalam kuali yg sedang membara :) p/s jgn lupe ok nk membasuh ikan masin yg digunakan
*lepas kelihatan seperti ikan masin itu semerbak bau terus campakkan bawang besar yg dihiris dan juga bawang putih yg diketuk kedalam periuk.
*curahkan sedikit air dan dicamppurkan sayo kailan. terusin dengan meletakkan sos tiram 2 sudu besar saje.
*ha da siap pong, takpayah nak gatal letak gula dan garam ok sebab da original rase masin dan manis dr bawang,sos tiram dan juga ikan masin

*Goreng tepung
*sediakan wang sebanyak rm4 saje lalu anda pergi ke kedai dan membeli tepung untuk menggoreng.
*cek dibahagian belakang pasti tertulis cara bagaimana hendak menggoreng.
*selamat mencube..hahahaha :p

Bon appetite uollsssss
ingat ye jgn lupe doa berbuka puasa

2 comments: