Saturday, September 17, 2011

19 Syawal 1432H bersamaan dengan 17 Oct, 2011

Dengan name Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani
19 Syawal 1432H bersamaan dengan 17 Sept, 2011
Post entry kali ni berkisah tentang kawan yang aku da anggap seperti adik sendiri Abdul Kahfi Bin Ahmad Zaki. Baru 2 hari lepas aku bertanyakan keadaan arwah kepada sedara die, dan menyatakan bahawa arwah masih dalam keadaan koma. Tapi hari ini hati aku terus rase sebak bila terbaca wallpost dari sahabat aku acot yang mengatakan bahawa kawan aku telah menghembuskan nafas terakhir pada tarikh ini. Arwah baru sahaja berumur 18 tahun, meninggal pada usia muda. Arwah sudah terlantar di Hospital semenjak seminggu sebelum bulan Syawal yang mulia akibat dari kemalangan jalanraya, Dimana arwah sebagai penjalan kaki dilanggar oleh pemandu cina di jalan besar area JB. Alhamdulillah sebelum aku pulang ke kolej sempat juga aku menyelesaikan hajat untuk ziarah arwah yang time tu dalam keadaan koma, time tu hati aku yang keras terus jadi lembut sebak tak dapat tahan air mata aku berdedai. Bertapa pedih aku tengok arwah ketika itu bertarung nyawa di bilik ICU. Dan Allah lebih menyayangi beliau :)

P/S: untuk semua pengguna jalanraya beringatlah korang bukan seorang saje yang menggunakan jalanraya, tanamkan la sikap prihatin dalam diri mu.

Akhir sekali doa aku panjatkan kepada Illahi semoga roh sahabat aku Abdul Kahfi Bin Ahmad Zaki di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehah Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment