Sunday, July 29, 2012

Kembali Rindu?

As-salam semua, So macam mana puasa? wa harap masing-masing sentiasa macam kool ok, jangan ponteng-ponteng orite kecuali pompuan opkos ada yang wajib ponteng hehe :)
So semalam wa singgah Skatepark Danga Bay, WOW ramai betul yang skate malam semalam. Seronok pula wa tengok mereka-mereka skate, hilang rasa rindu skate yelah mana tak kene berehat. Skate wa pun da passing by kepada budak yang baru nak main. Tapi semalam gian punya pasal wa ambil skate member dan terus main. Hilang segala beban dunia untuk sementara waktu, memang best dah lama tak dapat feel. Tambahan mood skate 1% malam semalam so total 6% mood skate yang sedia ada. InsyaAllah nak try comeback 100% skate, hopefully getting well lepas rehat ini. Actually last night buat aku terfikir dalam otak aku, how much i miss skateboard life after a while been gone. Hopefully to back on board :)










Sunday, July 22, 2012

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum semua dan salam ramadhan ye diucapkan. Hari ni da masuk hari yang kedua ramadhan so macam mana experience so far? pasti ok punya kan. Bagi wa ramadhan kali ni tak macam ramadhan 3 tahun lepas. Kalau 3 tahun lepas fully wa berbuka, sahur dan terawih sebagai seorang student dan experience wa lakukan kesemuanya bersama gang-gang di kolej. Tapi sekarang sudah tidak, mungkin reunion nanti InsyaAllah buka ramai-ramai kot kalau berpeluang. Rasa rindu pun ada juga, tapi nak buat macam manakan kene lelex juga la. Tapi paling best wa rasa untuk 2 tahun berturut-turut wa jadi chef masak dan postkan rancangan masak memasak haha itu yang paling tak boleh belah, kalau siapa yang perasan tahun lepas wa banyak post resepi dekat blog wa ni, tapi untuk tahun ni tidak kot sebab bukan lagi student. Tak percaya bole try stalk entry-entry wa tahun lepas time bulan pose..hehe

So untuk 2012 kali ini wa merasa a whole new experience dalam buku baru wa, kalau dulu experience sebagai seorang student tapi sekarang sebagai worker pula. Berkerja dalam bulan puasa macam mana la gamaknya ye, hopefully wa dapat tahan. Tahun ni pun wa rasa tak ada rancangan masak memasak daripada wa macam dulu-dulu. So tahun 2012 ni adalah tahun untuk wa merapatkan silaturrahim dengan seluruh keluarga wa, almaklum la 3 tahun lepas tak berpeluang. So untuk first time ini aku kene mulakan langkah.

So jangan lupa niat puasa ye :)
sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala
Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

So sebelum wa habiskan entry kali ini, apa kata kita layan lagu daripada Raihan dan Manbai - Harapan Ramadhan. Wa rasa lagu ini menjadi significane bila tiba bulan Ramadhan. Alhamdulillah semoga kita semua peroleh apa yang kita Doa kan InsyaAllah.

Saturday, July 7, 2012

Thing yang aku da lepas


Assalamualaikum, Holaaa semua. Actually dari awal tahun lepas lagi aku dah niat nak let off this thing, tapi at last minggu lepas baru aku dapat let off. Aku pass full set skateboard aku ni kepada charity admin aku dalam organisasi yang aku dan kawan rapat aku tubuhkan since tahun lepas lagi. But mostly aku nak let off skateboard aku ni adalah sebab mood aku. Terus terang aku dari awal tahun lepas 2011 dah hilang mood nak main skate, kalau skate pun time masuk comp itu pun masuk layan-layan je. Sebabkan mood layan-layan time comp itu la aku injured banyak dan mostly yang injured aku kene teruk ada yang sampai sebulan aku tak boleh duduk dan baring or diri lama-lama.So disebabkan aku dah tak ada mood main skate dan dari situ juga aku mula aktifkan diri untuk buat event-event skate dan juga bukan berkenaan dengan skate supaya aku tak boring lagi. Kalau dulu aku passion main skate sampai sanggup labur tak kira berapa RM, at the same time, same goes to organizing event skate. Aku sangat passion and still banyak aku sudah melabur untuk scene. Alhamdulillah berkat sepakat aku dan kawan-kawan rapat thing goes smooth dan hasilnya makin ramai yang main skate dan semakin meriah scene Johor :)

Hopefully one day aku akan dapat balik mood nak main skate. InsyaAllah aku teringin nak buat comeback walaupun tak seberapa.

Friday, July 6, 2012

Uncle yang malang

Assalamualaikum semua, dan selamat pagi. Sebab wa entry kali ini pun jam 2 pagi so kenelah selamat pagi. Actually wa baru saje lepas baca article yang uncle seekers ditahan reman baru-baru ini. Lu orang semua pasti kenal punye siapa mamat ni, impossible lu orang tak kenal. You get what you deserve, dia ni wa ingat sememangya hot setuf kalau lu orang terbaca blog yang dia tulis. So yang mana belum baca boleh la search eh blog dia ni sebelum kene terminate. So siapa-siapa yang berpuasa, Selamat berpuasa dan siap sedia untuk Ramadhan :)


http://mynewshub.my/2012/07/05/uncleseekers-ditahan-polis/

Saturday, June 30, 2012

Kota Keriangan

Assalamualaikum semua, entry kali ini wa nak berceloteh pasal minggu lepas. Weekends yang wa rasa paling best dan happening sekali. Nak tahu sebab ape, nanti lu orang semua scroll kebawah dan kebawah lu orang akan perasan gambo-gambo yang wa tempelkan di blog wa ni. Actually weekends lepas wa join company trip ke Singapore kota keriangan haha untuk pengetahuan lu orang semua. So trip yang company wa buat ni adalah 2 hari 1 malam dan perancangan trip ni actually makan masa 10 tahun. Big boss wa dah plan nak buat trip ni sejak dari awal penubuhan lagi, so wa cukup bertuah sebab newbies dalam company dan dapat join terus trip ni hehehe. So wa bergerak dari office eftech jam 6.45am dan sampai ke resort world dalam jam 9am kalau tak silap wa. Tapi kita orang semua tak directly cek in hotel dulu, sebab kene cek in Universal Studio dulu!!!! JYEAH!!!..Memang samok la and kita orang adalah the first team yang dapat masuk awal kesana. Dalam jam 9.30am briefing untuk scavenger hunt pun bermula, gedabak gedebuk tepat jam 10.00am kami semua dilepaskan seperti kanak-kanak riang.

Hard Rock Hotel Singapore


Dinner time


Lautan biru Eftech


Lautan biru Eftech


Lautan biru Eftech


Jurassic Park


Bumble Bee, ini real sebab bergerak-gerak


Autobot savior 


Ini BigBoss wa tiup belon


Anugerah Bintang Popular :)


Anugerah Bintang Popular :)


Eftech Big Family


Mengatuk punya fasal lobby jadi port tidur


Maritime part 1


Maritime part 2


Supp wa tengah kusyuk main game


Patung abad ke-20


Maritime Teater


Sentosa Island


Cable Car Sentosa


Hard Rock Hotel lagi


Lautan Biru


Siapa lagi kalau bukan wa


Bintang Gene Kelly


Lost world


Bumble Bee


New York City


Kung Fu Panda wei!!!


Guest who?


Far Far Away Castle


Bini num 1


Bini Num 2


Universal Studio Yaw!!!


Jimi Hendrix Hard Rock Hotel


Last Poss Sebelum berambus


Cable car brader-brader eftech
Gambo-gambo ni pun bersepah, wa pun malas nak menyusun. Akhir kata dari wa, lu orang cekidot sendiri la ye :)

Thursday, May 31, 2012

Paranormal

As-salam semua and Hola!!!!! Yawwwww so kali ini punya segment wa ingat nak cerita pasal quote dari someone yang aku rasa dia punya quote sangat urhmm!!! berpatutan dengan zaman sekarang. 

"We make a living by what we get, but we make a life by what we give." - Sir Winston Churchill

Sir cakap, taraf kemampuan seseorang untuk menyara kehidupan mereka adalah bergantung kepada  usaha yang mereka berikan. Makna kalau lu orang berusaha gunakan kudrat tahap panjat tingkat 1 maka jangan mengharap untuk mampu terus ke tingkat 3. lebih kurang macam itulah. Jadi usaha lu orang adalah tangga kejayaan lu orang jua. Tapi kita meneruskan perjalanan dalam kehidupan dengan apa yang telah diberikan. Maka setiap kehidupan dalam dunia tak kira manusia, haiwan dan etc ini telah diberikan bahagian sama rata, cuma sama ada kehidupan itu sendiri yang berusaha untuk mendapatkan bahagian itu ataupun tidak. Siapa rajin dia akan dapat kesenangan, orang kata bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.

Oh lupa nak beritahu lu orang Sir Winston Churchill ni siapa, Ok sir ini adalah bekas Perdana Menteri UK time perang dunia kedua dia juga merupakan seorang askar. Dia adalah salah seorang yang sangat berpengaruh dan berkuasa pada abad pemerintahan dia. Paling best hanya dia seorang sahaja perdana menteri UK yang pernah di anugerahkan Nobel Prize dalam Kesasusteraan. Ha siapa kata abang ashkar tak boleh main sastera, anythings is possible kalau kita berani

Friday, May 25, 2012

Kawan


Assalamualaikum semua Hola!!! Kawan adalah satu perkara subjektif atau general dari dulu sampai sekarang untuk lu orang semua dan tak lupa diri wa sendiri..Ini baru cerita kawan eh bukan sahabat ok esok lusa kalau wa ingat mungkin wa taip cerita pasal sahabat pula. Salah satu point kawan adalah Orang kata kawan boleh jadi lawan, yezza itu memang betul. tapi kalau dekat dunia mat salleh pula "Friends with benefits" yang ini pun betul juga point dia. Tapi wa malas la nak cerita lebih fasal kawan ni sebab lu orang pun boleh fikir yang mana kaca yang mana permata.

p/s: Hargailah kawan yang anda kenali tak kira la siapa dia sekali pun :), tak lupa lagu POH kawan ni memang terboom!!!..

tahukah lu orang yang mata burung unta lebih besar dari kepala hutak die :)

Ok chawwwwww