Monday, August 1, 2011

Season2 Masak memasak aahhh masaklah kau ep1

selamat semua ye, kali ini season kedua bersama saya chef wan dalam rancangan Masak memasak aahhh masaklah kau. So macam mane rase puasa hari pertama di bulan ramadhan pada tahun ini, tuan hamba steady saje hehe..sebenarnya tuan hamba tak tahu nak citer ape so korang semua belek-belek saje la ape yg ade di bawah eh.

Kangkong masak hentam & Fillet masak halia

Fillet ikan talapia masak halia
- Kompom la kene ade Fillet ikan talapia tak kalau nak fillet atau isi lain pun bole ikut kehendak masing-masing la ye. time ni saya pakai ikan seekor dan di fillet sendiri oleh saya.
- So goreng garing isi ikan tersebut bersama rempah (kunyit,serbuk cili dan lada sular) selesai tu jangan lupe eh goreng dengan tepung sekali. tepung tu tuan hamba pakai tepung gandum saje al-maklum la bujang. hehe
Untuk kuah halia pula
- Hiriskan 1/2 bawang merah dan putih sebiji saiz ibu jari dan didadukan ye so baru nampak style dan juga lada kecik 5 biji sebab maleh nak pedas sangat, ini cuma nak kasi hot sikit pada lauk.
- Dah name lauk pun halia so halia jangan dilupa, kasi hiris panjang-panjang ni pun sebab style tau. saiz halia 1 inci pun da ok.
- So tumiskan semua rencah diatas bersama, jangan sampai hangit ye kang tak sodap pulak
- Selesai saje tumis dalam kurang 2 minit terus curahkan air (tea cup size), dan juga tepung satu sudu teh nak kasi kuah pekat sikit laaaaaaa.
- Last sikali jangan lupe gula dan garam secukup rase tak lupe eh sos tiram letak dalam setengah sudu teh.

Kangkong masak hentam
- Hiris 1/2 bawang merah dan seulas putih biasa-biasa saje bentuk eh, ni tak yah nak style sangat pun tak ape.
- Lada merah sebiji dan dihiris halus ye.
- Potong kangkong ikut saiz jari kelingking, hahaha ikut kehendak korang la ye.
- Tumiskan semua rencah-rencah ye, sehingga bau naik dan terus campurkan sayo kangkong
- Last sekali campurkan sos tiram satu sudu untuk kasi rase.

Kelentang kelentong habis sudaaaaaaaaa. ok gerak dulu ye..

3 hari sebelum puasa

Jumaat 29 Julai
Kiut Mr Durian
Hari ni memang la terbaik, setelah bertahan hampir 3 minggu aku mengidam nak makan durian akhirnya tercapai juga. Aiseyman sejak dari kat JB lagi aku tahan x nak makan durian. Hahaha, betul-betul selesai je dari solat Jumaat aku dengan membe aku yang bertunggangkan moto ex5 terus dengan pantas serbu kedai jual durian tepi jalan dah takde masa nak belek-belek bantai je beli..hari yang sama juga aku mentah kedarah makan habis sebiji durian aku sental sorang-sorang lopas tu lagi sebiji aku buat bubor durian, lagi sebiji aku kasi gang aku last tinggal satu lagi aku bantai hari ahad masyukk!!!!!!

Sabtu 30 Julai
Berangan naik Rollercoaster
tuan empunya kereta senyum jela :(

Ini pun hari yang best juga berBBQ di PD, sebab hari ni la aku dapat kenal hati budi budak-budak kelas aku. Paling tak boleh blah kereta gang pulak boleh breakdown di highway otw ke PD. argggghhh!!! tension ha tula nak sangat panduan alonso itu dia..da stuck dekat highway dari jam 5.30pm camtu sampai la jam 8.30pm..brrrrrrr sabo jela. 3jam stuck di highway macam perangai budak-budak ni buat hahaha. So sesampai je PD nafsu buas nak mandi da tak terlayan terpakse juga la meredah perasaan mandi laut malam-malam, tapi apakan daya lahai tak dalam mane pun paras lutut itu pun dah redah jauh hampir 1km dari pantai haisssshhhh ombak pun takde..hurrmmmmmm sabo jela.

Ahad 31 Julai
hari terakhir sebelum seluruh umat islam menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. So malam sebelum berpuasa tadi aku dan gang sempat pergi berjemaah di masjid untuk solat sunat tariwih dan witir. Alhamdulillah

so jangan lupe ye untuk niat puasa
siapa-siapa yang takut terlupa untuk berniat tu bole la terus niat sebulan penuh untuk mengelakkan perkara itu berlaku~
sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

puasa jangan tak puasa tau..ehehe semoga anda semua diberikan 1001 keberkatan bulan Ramadhan amin :)

Tuesday, July 26, 2011

Puasa



hurmm kurang seminggu lagi da nak berpuasa, tahun ni punya sambutan puasa tak tahu la macam mane gaya ek. kalau tahun lepas aku dapat kumpulkan sekalian kawan skate aku untuk berbuka bersama. Memang santai abis, lepas buka semua skate ramai-ramai menu berbuka pula pergghh aummm nasi beriani. so tahun ni tak pasti nak buat atau pun tidak, kalau buat rase-rase lebih ramai daripada yang ini ade tahun lepas kot. cz semenjak buat organisasi rase makin ramai pula yang rapatkan diri dekat aku dan aku rase selesa dengan dorang semua. Memang wajib la jemput semua kalau nak buat event berbuka ni an, tapi takkan dekat kedai eh, hotel? duit duit duit..

Lepas event berbuka tahun lepas juga aku selalu masak memasak, hehe untuk lauk berbuka untuk gang petting houze 12 pax tu setiap hari pergghhh letih juga la tapi aku earn some respect kat situ dan aku learn something worth to be known aku rase tak perlu tahu la eh. Tapi apa yang aku bole harapkan tahun ni dapat sambut bulan ramadhan dengan lebih nikmat dari tahun lepas.

Paling penting ni adalah tahun terakhir aku berpuasa di kolej so lebih bernilai sambutan tu, harap-harap la something miracle did happen to me this month of fasting

Tapi aku rase masih teringin nak buat rancangan masak memasak macam tahun lepas..hehe tunggu je la ape yang akan terjadi yeeeeeee..
So korang semua selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak, yang mane tak ganti puasa bawak-bawak la berganti tu eh jangan sampai terlambat pula!!!!!

Saturday, July 23, 2011

Betul memang pun

Bismillah..
ha lebih proper sikit kali ni punye entry.. Hehe gambaq atas ni saje je bukan niat nak show off pun cume sebagai metaphora hurrrmm betul ke? Haha hentam je la eh. Kenapa eh, sebab manusia ni pelbagai ragam dan perangai. Rasa-rasa korang tergolong yang macam mane eh?pikir sat. Yela aku rase korang semua pasti pernah alami perkara yang aku bakal cerita. Panjang lebar bebel pun tak guna so terus je.

1)Dalam satu ketika tu bila korang senang lenang mesti ramai yang himpit korang menyendeng dan macam-macam lagi kan kemon punye parasit. Kompem mesti ade yang kipas-kipas dan tak bole belah sekali api-api mak aih meragam ape mulut uoollss ni semua eh..grrrrrrrr

2)Time korang tak femes atau kurang dikenali la kan ramai tak yang datang approach korang, mesti sikit or takde lansung betul tak? pasti la kan. Tapi la ni bila name korang da makin hot-hot stup waaaaaa mesti ramai yang datang la, paling-paling pun "eh mintak la tolong dekat orang ni untuk tolong aku ni haaaa" maybe word macam ni dapat. tapi bila korang kurang dikenali kire less function untuk depa-depa ni kompem dorang paling-paling pun kalau jumpe itu pun kalau jumpe la baru nak tegur kalau tidak memang haram takde punye sebab anda kurang function untuk dorang :). Itu ok lagi paling sailang lagi bila dorang mula cakap belakang kan haaaa bikin lagi lomak hot-hot heat punye kan.

3)Orang mula kondem ape yang korang cube fightkan selama ini, sebab dorang nampak yang korang ni da macam threat untuk dorang, pergh apakah? Bila orang minta bantuan kau untuk majukan ape yang patut kau tolak dan macam-macam kau bunyi, tapi sekarang ni bila orang lain yang jalankan ape yang sepatutnya dijalankan depan-depan for fun bole la support. Tapi at the end korang dapat call dari kawan korang yang that person feel pain in the ass bila ko manage scene tu. Apakah?

4)Korang akan rase dihina bila name yang korang cube naikkan di salah takrif kononnya sebab korang nak kasi name sendiri top walhal niat korang adalah nak naikkan scene sendiri ni. Ni pun satu masalah gak, haishh sabo jela. Ape bole buat diam sudah kan.

5)Guna name korang untuk kesenangan diri parasit dan juga jualan murah name korang..perggh deeemmmmmm..

so aku rase itu je yang aku nak citer kot, sebab kalau nak cerita pasal note scenary macam kat atas ni kompem berkeping-keping page nk kene pakai (berangan). haha..gerak dulu ye..
so sempoikan hari anda peace uoolsss LOL:)

Sunday, July 17, 2011

Tutup Buku

Alhamdulillah sekarang sudah rase lega sikit lepas selesai organise event besar2..
errkkk sangat2 letih wei first bantu JOHO organise GEGO but aku take part dalam area skateboard saje, and it was sick event :) seronok gile wei rugi mane yang tak datang join event GEGO by JOHO
lepas tu minggu ni plak 16 Julai, event yang lebih besar lagi bagi aku, JB skate race. dan kali ni extremely sick hehehe. tapi syukur la keadaan teratur walaupun ade kusut-kusut disana dan sini. satu pengajaran untuk aku project manager. tapi yang paling penting peserta-peserta aku seronok dengan event yang aku buat dan itu adalah kepuasan bagi aku. so sekarang aku belajar dari kesilapan bukan ape kan, kalau ade rezeki buat lagi. so sekarang adalah masa untuk rehat dan fokus pada keadaan sebenar iaitu final year di kolej.
so duluan yah :)

Wednesday, July 13, 2011

Teater marathon dan event :)

kali ni memang aku balik JB dan wanna make full of use dengan aktiviti kat Johor khasnya di JB, mane tak beb teater di area tempat aku dulu-dulu lari kot simbolik sangat cz bkn pernah pun aku layan teater so ini adalah orgasm yang pertama menonton teater hehe. pulak tu teater bukan dkt IB kl eh, JB pun sekarang punya Istana Budaya tau.paling penting dan bestnya teater marathon yang aku bakal layan ni bukan calang-calang siak, Johor punye citer jugak k. so sangat rugi bagi manusia-manusia yang bergelar johorean dan sebaya aku tak melayan this kind of things. roots ni!!! so rugi la kan apeda..so kalau korang berpeluang mampir ke JB jgn lupe eh usha2 teater yg ade kat JB ni, layan dulu komen2 later la :)
Sri mersing 2 di Stadium tertutup JB dari 15 Julai till 17 Julai

Bumi Berlantai Permata II di bukit timbalan dari 12 Julai till 16 Julai

dan ini adalah event kedua yang aku organize melalui name organisasi papan selaju johor
merupakan event keempat kami buat paling penting ini paling besar dan hopefully paling gempaksssssss
JB diserang youth :) PEMBERSIH 3.0 grrrrr

Monday, July 11, 2011

Lamo

Olla semua, lamo da tak online semenjak balik JB lagi da start tak update blog. almaklum sibuk uruskan hal-hal yang lain. hehe, tapi alhamdulillah da relax sikit lepas selesai event yang pertama "GEGO second wave skate competition" pada 8 julai 2011 bersama dengan GEGO by JOHO di bukit timbalan dan terbukti kretibiliti hambo tercabar time tu..but now aku da balik semula ke kolej untuk daftar sem yang baru, ermmmm dalam masa yang sama jumaat ni kene pulang balik ke JB untuk next event 16 julai JB skate race, tak pe penat-penat tapi orang kate lame-lame berbaloi. InsyaAllah mudah-mudahan la eh..orite gerak dulu itu je nak kasi tahu. tak pun korang boleh usha blog ni organisasipapanselajujohor.blogspot.com