Tuesday, August 23, 2011

Mood Pagi buta

malam ni mood aku :)
so da dapat mood macam ni kita sama-sama layan lagu ni..sambil ber-assigment
best tau lagu ni..lirik mantap bangun-bangun
haaaaaa ok chow dulu

Sunday, August 21, 2011

Season2 Masak memasak aahhh masaklah kau

Setakat yang ade saje, gambo pun ok ramuan-ramuan macam da letih..haha :p
nak menaip tak sompat lahai, jadual penuh buat assignment dan pelbagai lagi urusan
so inilah vandalism yang aku buat sepanjang bulan Ramadhan ni di dapo..
zzzzzzzzzzzz

14Ramadhan mee goreng
15Ramadhan steamboat
16Ramadhan daging kicap dan sayo goreng
17Ramadhan ayam sambal dan sup sayo
18Ramadhan asam pedas ikan kembong dan sayo goreng
19Ramadhan mee bandung dan epok-epok mak aku

New pojek

Alhamdulillah KCK dan juga Gadis melayu adalah produk pertama yang aku da berjaya mendaratkan ke tanah jajahan johor
comel tak papan-papan ni
support our local act movement ye
So ini lah projek terbaru aku dan organisasi cube buat..
mendaratkan segala local produk dan movement yang berkaitan skateboard khususnya
peace out hommies..haaaaaa

Wednesday, August 17, 2011

Kaca mata

Ahoy sane tu..alahai saje nk kasi tahu kite pakai kaca mata baru pun..
adoyai pun mata lebih selesa dengan kaca mata ini ahaiiiiiiiii..

Nama saintifik: ESPRIT
Mas kawen: $$$ rahsia :p
ini la die si pemakai yang berangan kacak bergaya, ingat value market tinggi lahaiiiii
oi mimpi saja, adoyai kasi senyum skek muka tu pun..

Thursday, August 11, 2011

Season2 Masak memasak aahhh masaklah kau ep2

Salam & Olla semua ok selamat kembali ke blog sy haaaaaa selamat berpuasa eh untuk semua warga bloggers. so kali ni bersambung pula menu masakkan yang lain kalau larat sy taip ni maka rancangan ini akan berterusan sampai la penghujung bulan ramadhan insyaAllah
sori eh gambo kabur ape bole buat sy bukan pakai DSLR ni pakai nset je pun kire nasib baik dari pakai webcam hahaha..ok sebelum ayat-ayat sy ni kelaut dalam, baik sy terus ke plan asal iaitu show off gambo dan ramuan
harap maklum la eh kite terus skip ke 9ramadhan sebab 8,7,6 & 5 ramadhan sy pulang ke teratak keluarga.
layan jela ape yg di gebangkan dalam blog ni

9Ramadhan
Sambal paru :)
Sambal paru sonang je pun masak die bukan susah.
ok ramuan paling penting dalam menu ini adalah kompem paru betul tak..
*paru yg akan digunakan haruslah direbus terlebih dahulu ok, jgn memandai terus goreng. pasal ape, haaaa tak tahu la pasal ape ni pun sebab mak tuan hamba yg ngajor suruh rebus dulu pandai!!!..ok so rebus tu jgn pulak mcm rebus daging nk empuk2 kang nnt ade yg kene hempuk, rebusan tu biar la yg sedang2 saje :)
*selepas rebus, paru tersebut hendaklah di hiris-hiriskan mengikut citarasa saiz tekak anda semua. lalu digoreng bersama bahan yg ditumbuk dan tenyeh(seulas bwg putih,kunyit 1/2inci,jintan) dan juga tepung beras/jagung. so hati2 eh kalau mengoreng tu sbb paru ni meletup-letup ha abis kulit kite noq..hahaha..
*siap goreng semua paru, kite melangkah seterusnya ke level pembuatan sambal. sambal ni mudah je tak payah rencah2 yg heavy metal pun. ok kalau yg masak dalam kuantiti contoh 6keping paru2 bersaiz nset sony k810i tu korang bole la gunakan 6sudu besar cili boh, itu kalau yg guna cili boh mcm sy ni ha. kalau yg guna lada kering rase2 dalam 9biji lada kering yg direbus pun da cukup sgt ok.
*tumiskan lada tu sehingga garing dan terus taburkan gula sebanyak 2sudu besar kedalam tumisan berkenaan dan garam ok. last sekali simbahkan dengar air asam jawa dan juga serai untuk kasi rase masam tu haaa baru orang kate fair.
*terakhir gaulkan sekali paru2 yg sudah digoreng itu kedalam bersama dengan sambal yg baru saje sebentar td bikin.

Voalla siap suda lauk untuk 9ramadhan

10Ramadhan
Tomyam+kailan ikan masin+sotong&udang goreng tepung :D
* Tomyam
*ok untuk tomyam ni, adalah lebih baik kalau korang semua rebus dahulu isi die, seperti daging, ayam,sotong,udang,atau ikan. untuk kali ni aku guna seketul shj ayam dr sekor ayam potong 12. so ayam tu korang memandai la nk hiris die saiz ape2 ye..
*selepas ayam itu direbus enak2 warna dan bau die baru la korang masukkan cili padi dahulu ok haa cili padi tu kalau bole kasi titik dulu atau potong la ikut korang dan juga karot yg dihiris, untuk seminit selepas itu baru la letakkan rencah yg lain. sebab nk kasi rase pedas die masyuk :)
*titikkan serai,potong 1/2bwg besar(wana kuning dihiris bulat2),seulas bwg putih yg diketuk dan juga daun limau
*selepas beberapa minit perahkan limau nipis kedalam tomyam sebab nk kasi masam sikit.
*lepas letak limau nipis baru la letakkan perencah tomyam,dalam kuantiti 2sudu kecik shj.
*last sekali baru la letakkan gula dan garam ok..tak lupa tomato. tggu bape minit lepas tu siap sudah masakkannya
no msg ok!!!

*Kailan ikan masin
*amik ape2 shj jenis ikan masin, untuk aku time ni aku guna ikan terubuk hehe tasty gitu. aku cume guna 1/4 daripada ikan asal saje. lepas tu aku hiris potong dadu. lalu ku camppakan ikan masin tu kedalam kuali yg sedang membara :) p/s jgn lupe ok nk membasuh ikan masin yg digunakan
*lepas kelihatan seperti ikan masin itu semerbak bau terus campakkan bawang besar yg dihiris dan juga bawang putih yg diketuk kedalam periuk.
*curahkan sedikit air dan dicamppurkan sayo kailan. terusin dengan meletakkan sos tiram 2 sudu besar saje.
*ha da siap pong, takpayah nak gatal letak gula dan garam ok sebab da original rase masin dan manis dr bawang,sos tiram dan juga ikan masin

*Goreng tepung
*sediakan wang sebanyak rm4 saje lalu anda pergi ke kedai dan membeli tepung untuk menggoreng.
*cek dibahagian belakang pasti tertulis cara bagaimana hendak menggoreng.
*selamat mencube..hahahaha :p

Bon appetite uollsssss
ingat ye jgn lupe doa berbuka puasa

Wednesday, August 10, 2011

Bus

agak-agak korang bila kali terakhir korang naik bas tambang nak ke bandar ek?
hehe cz aku hari tu balik JB time puasa ke5
dan untuk kali pertamanya aku naik bas setelah hampir 4 tahun aku tak pernah menaiki bas ke bandar..
kalau tak silap aku paling last aku naik bas time aku umor 17 tahun betul-betul lepas aku dapat lesen kereta..
so sekarang ni aku da 21 tahun..
haha kesian aku ni, da rase janggal pula time naik bas sampai tambang bas pun tak ingat..
dan paling bangang aku langsung tak tahu bas tu berhenti kat bando area mane
tapi nasib baik la aku turun tempat yg betul kalau tidak memang kelaut..
haishhh memalukan betul rase macam kanak-kanak baru nak rase pergi ke bando..

Wednesday, August 3, 2011

Alhamdulillah

Menu buka hari ni aku layan lauk semalam je :)
Ayam masak asam pedas hehe
itu pun dah kire bersyukur sangat
+ aku cuma tambah masak kailan ikan masin sahaja.
so buka hari ini sekadar yang bole..
erkkkk Alhamdulillah kenyang perut dan nafsu makan
syukur kehadrat Illahi
resepi die haaaa nanti la eh update

Monday, August 1, 2011

Season2 Masak memasak aahhh masaklah kau ep1

selamat semua ye, kali ini season kedua bersama saya chef wan dalam rancangan Masak memasak aahhh masaklah kau. So macam mane rase puasa hari pertama di bulan ramadhan pada tahun ini, tuan hamba steady saje hehe..sebenarnya tuan hamba tak tahu nak citer ape so korang semua belek-belek saje la ape yg ade di bawah eh.

Kangkong masak hentam & Fillet masak halia

Fillet ikan talapia masak halia
- Kompom la kene ade Fillet ikan talapia tak kalau nak fillet atau isi lain pun bole ikut kehendak masing-masing la ye. time ni saya pakai ikan seekor dan di fillet sendiri oleh saya.
- So goreng garing isi ikan tersebut bersama rempah (kunyit,serbuk cili dan lada sular) selesai tu jangan lupe eh goreng dengan tepung sekali. tepung tu tuan hamba pakai tepung gandum saje al-maklum la bujang. hehe
Untuk kuah halia pula
- Hiriskan 1/2 bawang merah dan putih sebiji saiz ibu jari dan didadukan ye so baru nampak style dan juga lada kecik 5 biji sebab maleh nak pedas sangat, ini cuma nak kasi hot sikit pada lauk.
- Dah name lauk pun halia so halia jangan dilupa, kasi hiris panjang-panjang ni pun sebab style tau. saiz halia 1 inci pun da ok.
- So tumiskan semua rencah diatas bersama, jangan sampai hangit ye kang tak sodap pulak
- Selesai saje tumis dalam kurang 2 minit terus curahkan air (tea cup size), dan juga tepung satu sudu teh nak kasi kuah pekat sikit laaaaaaa.
- Last sikali jangan lupe gula dan garam secukup rase tak lupe eh sos tiram letak dalam setengah sudu teh.

Kangkong masak hentam
- Hiris 1/2 bawang merah dan seulas putih biasa-biasa saje bentuk eh, ni tak yah nak style sangat pun tak ape.
- Lada merah sebiji dan dihiris halus ye.
- Potong kangkong ikut saiz jari kelingking, hahaha ikut kehendak korang la ye.
- Tumiskan semua rencah-rencah ye, sehingga bau naik dan terus campurkan sayo kangkong
- Last sekali campurkan sos tiram satu sudu untuk kasi rase.

Kelentang kelentong habis sudaaaaaaaaa. ok gerak dulu ye..

3 hari sebelum puasa

Jumaat 29 Julai
Kiut Mr Durian
Hari ni memang la terbaik, setelah bertahan hampir 3 minggu aku mengidam nak makan durian akhirnya tercapai juga. Aiseyman sejak dari kat JB lagi aku tahan x nak makan durian. Hahaha, betul-betul selesai je dari solat Jumaat aku dengan membe aku yang bertunggangkan moto ex5 terus dengan pantas serbu kedai jual durian tepi jalan dah takde masa nak belek-belek bantai je beli..hari yang sama juga aku mentah kedarah makan habis sebiji durian aku sental sorang-sorang lopas tu lagi sebiji aku buat bubor durian, lagi sebiji aku kasi gang aku last tinggal satu lagi aku bantai hari ahad masyukk!!!!!!

Sabtu 30 Julai
Berangan naik Rollercoaster
tuan empunya kereta senyum jela :(

Ini pun hari yang best juga berBBQ di PD, sebab hari ni la aku dapat kenal hati budi budak-budak kelas aku. Paling tak boleh blah kereta gang pulak boleh breakdown di highway otw ke PD. argggghhh!!! tension ha tula nak sangat panduan alonso itu dia..da stuck dekat highway dari jam 5.30pm camtu sampai la jam 8.30pm..brrrrrrr sabo jela. 3jam stuck di highway macam perangai budak-budak ni buat hahaha. So sesampai je PD nafsu buas nak mandi da tak terlayan terpakse juga la meredah perasaan mandi laut malam-malam, tapi apakan daya lahai tak dalam mane pun paras lutut itu pun dah redah jauh hampir 1km dari pantai haisssshhhh ombak pun takde..hurrmmmmmm sabo jela.

Ahad 31 Julai
hari terakhir sebelum seluruh umat islam menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. So malam sebelum berpuasa tadi aku dan gang sempat pergi berjemaah di masjid untuk solat sunat tariwih dan witir. Alhamdulillah

so jangan lupe ye untuk niat puasa
siapa-siapa yang takut terlupa untuk berniat tu bole la terus niat sebulan penuh untuk mengelakkan perkara itu berlaku~
sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

puasa jangan tak puasa tau..ehehe semoga anda semua diberikan 1001 keberkatan bulan Ramadhan amin :)