Monday, January 28, 2013

Kelauk kelauk kelauk

Assalamualaikum semua ;) alhamdulillah 2013 sudah pejam celik je da berganti tahun. Wa sendiri pun pejam celik da nak setahun kerja macam-macam yg da berubah. Wa sendiri pun da berubah haha. Berubah mana?haaa berubah bentuk rupa badan. Ni pun semenjak turun naik laut. Baru 2 kali trip wa da macam owh mak meletup lu jah. Haaaaaa mana tak 1st trip naik laut hampir sebulan atas pelantar makan minum tidur kerja movie dan sebagainya disana. Lokasi pelantar adalah di sempadan vietnam-malaysia nama platform tu PM3-South (Bunga Raya) bulan 11/2012. Nak tahu hasil dia, berat badan wa dari yang dulu maintain 55kg sampai wa graduate pop pop wa turun laut time 1st time ke pelantar tu nah berat wa jadi 69kg.
Gambar hiasan: PM3-South


Disebabkan time yang 1st trip ke pelantar tu berat badan wa mendadak naik 69kg, haha agak menggelabah juga bila timbang berat badan macam tu. So wa plan nak diet and jaga mana yang patut sebelum keadaan berat badan tak terkawal. So 2nd trip ke laut kali ni naik jiran kepada platform 1st trip. which is nama die PM3-North (Bunga Orkid) time new year. So sebulan disana setiap kali takde keje wa terus masuk gym haha bersenam mana tak lu atas laut kalau ada skatepark wa ingt memang tak turun setahun pun sanggup..haha ok so hasil die wa berjaya turunkan berat badan sampai 64kg So berat badan ni kene maintain. Tapi pengalaman dekat Bunga Orkid yang paling banyak mana tak weather pick up, ombak sampai 5-6Meter angin 45Knot lebih kurang 83km/h hehe So wa rasa wa tak tahu nk citer apa lagi. Ok challow


Sunday, December 2, 2012

22 years old

Bismillah so today is 2nd of december. Turn out hari ini im turn 22. Time flies laju je macam poslaju syukur masih dapat berjalan dan bernafas di atas muka bumi ini. So today im hope for the best, wishing something miracle to happen on 22 years of ages after facing rough and bumpy year. Penuh dengan serabut, maki hamun, injury, therapist dan etc.The only wishlist yang aku mahukan hanyalah praying for better for tomorrow.

Whatever it is esok hopefully dapat jalankan kehidupan dengan gumbira. Thanks to those yang wishing birthday aku 2nd december ni dan juga doa-doa korang semua. Syukur

Friday, November 9, 2012

Pintu sesuka hati

Assalamualaikum and hai semua, it been a while aku tak update blog aku ni. Hampir bersawang dibuatnya, almaklum makin busy da. Last 2 week aku busy dengan aku punya convocation which is hampir seminggu juga aku lepak dekat kolej. Dapat la juga orang kata lepas rindu dekat gang-gang lama. Alhamdulillah kehadrat illahi aku da bergraduasi dengan pointer 3.53 :)


Orite itu citer pasal graduasi aku yang kompem busy. So move on kepada kerja pula, lepas je minggu aku graduasi terus balik Jb belum sempat bontot ni panas dekat rumah da kene hambat ke terengganu pula kerja disana.. Hahaha apa bole buat mencari rezeki halal, nasib baik kerja darat kalau tak lelah juga jantung ni barat ke selatan terus ke timur amboi macam ada pintu sesuka hati pula. So di terengganu aku stay dekat Paka. Which is aku kerja lebih kurang 8 hari je and kelmarin baru pulang ke Jb. Alhamdulillah. Tapi belum habis lagi, tadi project manager dah petik pula nama aku. Jumaat ni aku kene gerak balik ke Kemaman pula untuk kerja laut. Berapa lama tu tak pasti la, tapi dengar sampai hujung bulan 11 ni. Perghhhhh but mostly yang sedihnya ni aku tak dapat main skate lagi ni. Da dekat 2 minggu ni tak bole jadi ni..Nak tak nak sebelum naik laut nak kene skate juga kalau tak ngences nanti dekat laut..hahaha

Ok chaw nak berinternet sepenuh masa sebelum terputus hubungan dari segala talian. :)
Take care

Friday, October 19, 2012

#travelog

Assalamualaikum olla bloggers. So minggu ini adalah 1st time aku bertravelog setelah lama terperap di jb. Last aku bertravel time akhir tahun lepas. But kali ini pun aku travel bkn ape pn.
#travelog1

17/10/2012. Aku gerak ke kemaman ganu boh untuk safety course exxon mobil. So sampai sane lebih kurang jam 2am, terus aku terbengkalai menyelam sampai esok pagi jam 5.30am da ready bangun dari tido. Class start jam 8am sampai 4pm. Lepas tu terus sambung exam. Alhamdulillah lulus 95%  tapi dalam class masyaAllah ngantuk teramat. Tersengguk aku dibuatnya. Hahaha. So habis je course terus sut balik jb then sambung perjalanan ke kolej di nogori

#travelog2

18/10/2012. So sampai je jb aku terus pula gerakkan ke nogori dengan ali dan apiz. Mata badan memang longoi wei. Kenapa ke kolej? Ha nak konvo laaaaa hehe. So sampai kolej jam 3am lepas tu sembang2 dengan gang lama tahu2 jam 4am sudah apa lagi masa untuk meyelam leeee. Ok lepas sambung balik di entry lain

Cawwwwwww


Friday, August 17, 2012

Inspiration

Assalamualaikum dan hye semua, Semalam aku ter-browse video atas ni. Terus layan sampai habis 12.41 minit tak silap, dan it struck me deeply into heart. Cewah speaking pula. Video ini sedikit sebanyak inspired aku untuk skate balik, since aku tak ada mood skate dari tahun lepas lagi. So setup baru pun da ready, berhabis wang dengan skateboard. Raya makan skateboard. Selamat hari raya!!!

Monday, August 13, 2012

Dugaan eksiden

Assalamualaikum, Olla semua. #23Ramadhan1433 bersamaan dengan #12Ogos2012. Untuk kali pertama kereta wa eksiden, which is kejadian petang tadi di KSL Mall. Konon-konon nak kesana nak shopping raya, tapi jadi pula benda macam ni so mood nak membeli terus sahaja spoil :(. Remuk bonnet belakang wa, macam-macam dugaan yang kene lagi-lagi situasi beberapa hari sebelum nak raya pula. Tapi apa boleh buat benda dah nak berlaku, so reda sahaja. But the things is wa terpaksa cover repair kereta wa dan juga kereta belakang wa. Since wa rasa salah wa time tu. Aiyo $$$$ bonus tahun ini lari la, baru nak build up new life. Al-maklum baru je merasa kehidupan berkerja. Kalau ada gambo mungkin da post kot, tapi kamera tak ada. So cuma boleh bercerita sahaja la nampaknya. Untuk gang yang diluar sana dah nak raya ni, hati-hati ye drive atau bawa motor tu. Malas nak pening kepala wa nak tido dulu, sebab esok nak pergi kerja lepas tu uruskan hal repair-repair kereta pula.

Saturday, August 4, 2012

#15Ramadhan1433


#15Ramadhan1433, Assalamualaikum semua dan hai :). Hari ini sudah lebih 2 minggu aku berkerja dibulan puasa. Experience baru, kalau tahun-tahun lepas dibulan puasa masih bergelar student so suasana agak ringan cuma berat tang berfikir je kot. Tambahan bulan puasa ni kene pula kerja di Projek, Uhm memang berdouble-double dia punya letih. Pukul 6am memang aku da kene bersiap-siap untuk ke site, mana tak kalau rumah di JB projek pula di MMHE Pasir Gudang. Tak ke nama die jauh berbatu. So rutin kerja di site start jam 8am lepas tu sampai tengah hari badan aku memang dah mula rasa longoi urghhhh rasa macam nak teguk je air, hampir setiap hari aku rasa macam nak teguk air tapi tak juga teguk haha Alhamdulillah sabo ye wan. Tapi bila aku rasa penat atau letih atau rasa tergugat nak berbuka, aku selalu state dalam akal aku gambaran saudara-saudara aku diluar sana yang mana mereka kurang berkelebihan seperti kita di Malaysia. So actually dah tak ada alasan untuk kita tidak berpuasa kecuali para wanita la eh :). Tak bersahur tak bererti kita tak dapat berpuasa, letih, dan etc. So ini semua syco diri sendiri, jadi beringat la ye.


Ya Allah ya tahun ku, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi rezeki Tuhan Sekalian Alam. Kau wujudkanlah dalam hati dan diri mereka dalam ketenangan. Kau isikanlah kelaparan mereka dengan kasih dan sayang. Kau legakanlah dahaga mereka dengan Iman dan kesabaran. Kau terangilah malam mereka dengan rembulan yang terang yang mengamankan dari kegelapan. Kau redupkanlah siang mereka dengan awanan yang membiru yang mendamaikan. Kau kuatkanlah diri mereka seperti ombak lautan menghentam batu di tepian, seperti kerajaan semut membina empayar didaratan. Dan Kau rapuhkanlah hati kami untuk sentiasa mendoa dan memberikan sebahagian dari kegembiraan, seperti Kau mewahyukan lebah dalam kehidupan.