Friday, August 17, 2012

Inspiration

Assalamualaikum dan hye semua, Semalam aku ter-browse video atas ni. Terus layan sampai habis 12.41 minit tak silap, dan it struck me deeply into heart. Cewah speaking pula. Video ini sedikit sebanyak inspired aku untuk skate balik, since aku tak ada mood skate dari tahun lepas lagi. So setup baru pun da ready, berhabis wang dengan skateboard. Raya makan skateboard. Selamat hari raya!!!

Monday, August 13, 2012

Dugaan eksiden

Assalamualaikum, Olla semua. #23Ramadhan1433 bersamaan dengan #12Ogos2012. Untuk kali pertama kereta wa eksiden, which is kejadian petang tadi di KSL Mall. Konon-konon nak kesana nak shopping raya, tapi jadi pula benda macam ni so mood nak membeli terus sahaja spoil :(. Remuk bonnet belakang wa, macam-macam dugaan yang kene lagi-lagi situasi beberapa hari sebelum nak raya pula. Tapi apa boleh buat benda dah nak berlaku, so reda sahaja. But the things is wa terpaksa cover repair kereta wa dan juga kereta belakang wa. Since wa rasa salah wa time tu. Aiyo $$$$ bonus tahun ini lari la, baru nak build up new life. Al-maklum baru je merasa kehidupan berkerja. Kalau ada gambo mungkin da post kot, tapi kamera tak ada. So cuma boleh bercerita sahaja la nampaknya. Untuk gang yang diluar sana dah nak raya ni, hati-hati ye drive atau bawa motor tu. Malas nak pening kepala wa nak tido dulu, sebab esok nak pergi kerja lepas tu uruskan hal repair-repair kereta pula.

Saturday, August 4, 2012

#15Ramadhan1433


#15Ramadhan1433, Assalamualaikum semua dan hai :). Hari ini sudah lebih 2 minggu aku berkerja dibulan puasa. Experience baru, kalau tahun-tahun lepas dibulan puasa masih bergelar student so suasana agak ringan cuma berat tang berfikir je kot. Tambahan bulan puasa ni kene pula kerja di Projek, Uhm memang berdouble-double dia punya letih. Pukul 6am memang aku da kene bersiap-siap untuk ke site, mana tak kalau rumah di JB projek pula di MMHE Pasir Gudang. Tak ke nama die jauh berbatu. So rutin kerja di site start jam 8am lepas tu sampai tengah hari badan aku memang dah mula rasa longoi urghhhh rasa macam nak teguk je air, hampir setiap hari aku rasa macam nak teguk air tapi tak juga teguk haha Alhamdulillah sabo ye wan. Tapi bila aku rasa penat atau letih atau rasa tergugat nak berbuka, aku selalu state dalam akal aku gambaran saudara-saudara aku diluar sana yang mana mereka kurang berkelebihan seperti kita di Malaysia. So actually dah tak ada alasan untuk kita tidak berpuasa kecuali para wanita la eh :). Tak bersahur tak bererti kita tak dapat berpuasa, letih, dan etc. So ini semua syco diri sendiri, jadi beringat la ye.


Ya Allah ya tahun ku, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi rezeki Tuhan Sekalian Alam. Kau wujudkanlah dalam hati dan diri mereka dalam ketenangan. Kau isikanlah kelaparan mereka dengan kasih dan sayang. Kau legakanlah dahaga mereka dengan Iman dan kesabaran. Kau terangilah malam mereka dengan rembulan yang terang yang mengamankan dari kegelapan. Kau redupkanlah siang mereka dengan awanan yang membiru yang mendamaikan. Kau kuatkanlah diri mereka seperti ombak lautan menghentam batu di tepian, seperti kerajaan semut membina empayar didaratan. Dan Kau rapuhkanlah hati kami untuk sentiasa mendoa dan memberikan sebahagian dari kegembiraan, seperti Kau mewahyukan lebah dalam kehidupan.