salam riang semua..ok entry kali ini gwe mahu ceritakan serba sedikit tentang menangani masalah kesakitan dalam bahagian fractured atau seliuh bagi semua ahli-ahli sukan. mungkin ia sedikit sebanyak membantu anda siapa tahu kan.
yang pertama :-
Jika terjadi apa-apa ketika anda bersukan (bola,tenis dan extreme sport or contact sport) yang mana kecederaan serius terjadi pada bahagian joint terutama pada bahagian buku lali, jangan sesekali terus buka kasut anda tapi ikat sekuat yang boleh dan cuba berlari-lari anak selama lebih kurang 30 minit. kemudian rendamkan kaki anda dalam baldi yang penuh dengan ais dan air lebih kurang tapi kalau boleh kandung baldi tu sebolehnya takat sampai atas sedikit dari bahagian yang terseliuh dalam 1 jam atau kurang tengok kepada keadaan dan untuk yang bahagian yang tidak dapat direndam sebagai contoh lengan atau pergelangan korang boleh la tuam dengan ais sahaja. kalau boleh aktiviti dibuat sebelum tidur. jadi nanti nak tidur lepas rendam kaki dengan ais jgn lupanya tambahan posisi kaki yang terseliuh ketika baring adalah lebih tinggi dari paras jantung sama juga untuk injury bagi joint yang lain. ini juga penting sebab pengaliran darah pada bahagian yang membengkak ia akan membantut mensusutkan.
yang kedua :-
korang mungkin memerlukan guard untuk stage ini, sebab korang dikonsiderkan masih belum kuat lagi. modal sedikit untuk beli guard yang better maksud gwe, contoh untuk ankle jangan pulak korang pakai ankle guard yang untuk bola percayala itu tidak membantu langsung. tapi yang pasti korang boleh dapatkan joint guard ni di kedai guardian yang berdekatan. ada jual untuk setiap joint. kos dalam puluhan modal sedikit untuk kebaikan.
yang ketiga :-
ingat urutan pada bahagian yang terseliuh juga adalah penting. tapi serahkan pada yang pakar mengurut pada bahagian terseliuh jangan sakit puan pulak. atau jangan pandai-pandai pula urut sendiri sebab anda tak tahu cara sebenar urutan. urutan boleh dilakukan mungkin seminggu 2 kali tengok kepada kemampuan poket anda
yang keempat :-
pemakanan adalah amat penting dalam hal pemulihan, ok setiap seliuh yang terjadi ketika bersukan bermakna ada tisu dan ligament atau otot yang terstretch atau mengembang, dan ada juga kes yang tisu terkoyak. jadi saranan adalah dengan pengambilan pemakanan yang sihat dapat membantu. jadikan diet pemakanan anda dengan pengambilan buah pisang tidak kira dari apa jenis sekali pun. dalam hal ini khasiat pisang banyak membantu sebagai contoh nutrisi pisang dapat membantu dalam pertumbuhan otot dan mencegah dari krem. bukan sekadar itu pisang juga mempunyai lebih khasiat dari epal, korang boleh la try cek. tambahan pengambilan susu dari apa-apa produk juga perlu tapi jangan pula susu formula bayi yang korang minum memang tak sesuai gitu. minumum pisang 2 biji sehari dan susu terpulang.
yang kelima :-
pergerakkan pada bahagian joint, untuk menguatkan bahagian itu korang boleh la try gelekkan pada bola sebagai contoh kalau ankle korang bermasalah boleh la gelekkan pada bahagian tumit keatas permukaan bola. resepi bola untuk anda, kalau boleh beli bola yang dimainkan oleh budak-budak bawah umur 5 tahun. yang plastik tu. dan korang kurangkan angin dalam bola tu sebolehnya 3/4 dari kandungan keras. lepas tu korang gelek, gelek dan gelek. durasi tak kira asal boleh gelek. time tgk tv ke, makan boleh juga asalkan tidak menganggu.
p/s; kalau korang betul-betul serius nak jg dan pulihkan stamina, jangan lupa ada satu lagi cara pemakanan tapi aku tak pasti keberkesanan. pertama kalau boleh kurangkan minum ais dan makan timun sebab sejuk dan tidak baik untuk badan sebagai contoh melemahkan joint terutama bahagian lutut dan boleh menyebabkan kram otot cuba cek. kalau korang ambil gula dan garam secukupnya atau pengambilan amount pada situasi badan yang betul, actually boleh membantu kurangkan kram otot yang ini pun cuba cek ye
formal gile ayat gwe kali ni..haha ok gwe just nak berkongsi jek mane yang patut dikongsi. sebab gwe mengalaminya banyak kali so tidak salah untuk berkongsi cara untuk menjaga. kalau ia membantu alhamdulillah..ok tata
hehe kalau ada salah sila cerita ye..
thanks kepada ejat extra dan as yang banyak kasi info